huh..
ahd da start nw session..
hadoi..malsnyee..
rndu gl kt eastlarh..rndu kt spe yea..?
haha..
smeone of course..
hmm..
pnng btl..!
pg cnvnt td..
fuh..
huhu..
laen kli ak cte ea..
Dec 31, 2009
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 13:41 0 comments
Dec 22, 2009
ooooo0o0...
amnd ak nyh..?
haha..
emm....
ntahla..
cmane ea kt sk0la br..?
hadoi..
pnng otk ak fkr..
emm..
ak na study hard n study smart..?
agk2...la..
huhu..
lteyh gl..
blek kl hritue best glew..
hehe..
skrg ad spp ak 2ekr kt umh..
ina n ika..
huhu..
laen kli plak yea..
ak pn ngah ta de idea..
huhu
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 10:57 0 comments
Dec 14, 2009
owow
hurmm..
npe yea..?
byk gl lgu2 yg emo..
n..
ak ta na bpish dgn gng ak..
np prnts ak swoh ak pndah skola..?
ak ta na..!
huhu..
i mss thm..
al eastlarh secndry school stdnt..
huhu..
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 15:32 0 comments
Nov 12, 2009
nce n swe3t day..
hurm..
best glerk kt skola td..
hehe..
l0ts n l0ts of thing happnd just n0w..
wel..
whatever it is..
stll somethng did hppened..
ad sorg setan..~~geng ak jer yg twu spe setan2 kt ctue..haha~~
pg rep0rt kt mlh ..
kt0rg mkan kt luar jer pon..
kecoh nk mampos..
well..actually..
ak pn xtwu ap yg dy report..tp..izzatol kte..dy tnjuk2 kt ktorg..mcm ap lg..hurm..wtevrla..hurm..td plak manchester..~nme samarn..~ naek mot0r..gle bt0ll..yg x tahn.. alien ~~nme samarn..~ n thlah d0k kte dy nk tnjuk her0 kt ak..yg xtahn..tyme tue..mamt kls 1rdha pn ad kt ctue..ad0i..t0batla ak malu..
dyorg nyh pon stu..ak xkn pnh ske kt manchester la..ak ske kt sorg..n xkn ubh2 da..huh..sket hti btoll..yg alien plak dk xhbs prli ak dgn sorg nyh,,tp..huh..scret..hurm..sembgla dgn sorg bdk nyh..sembg yg brmkne la..hehe..gtal gak yer..lek rr..bkn ap2 sgt pn..xde la gl2 cmt00 jea....hurm..tym ak nk blek da..rmai plak b0yz dtg..s0..ak 0n cpt2la blah drpd ctue..hurm..tp,best gle kt skola td..hehe..ainul kasi ak hadiah..yerla..es0k burfday ak..memgla dpat hadiah..cute gl hadiah dy..hehe..hurmm,,thanks yerr ustz lah!!kasi ktorg pg lwatn..xsbrla ..pg prlis pn xpela..yg pntg..ak pg lwatn..haha..hurm..tp..td..ak alm0st lokai..yerla..fruity~~nm smarn~ mnx singgt kl0 dy blah drpd mje kt kdai ck ed~~btol ke ak ejer..??~hurm...thn...bl fruity blah..alien plak ta nk blah..sket hti btol..trpkse la swoh fruity ajk alien..tp..alien ta nk..huh..gdiks bt0ll..lme gl tnggu..rse cm nk nngs pn ad..tp..ak tahn..sbb smeone ad kt ctue..huhu..last2..ak swoh smeone tlong..yg xtahn dy kte.. "ak krus..xboleyh nk angkt alien..swoh sugar.."haha..dlam hti ak..sabr jea rr..tp..bl pker2 blek..memg btoll pn..tb2 alien ajk smeone dtg dudk skli..huh..smeone pn dtgla dudk..huhu..ak rs nk nngs jea tym tue..nseb baek la..ak tahn..thn..ak pjuk smeone ..nseb baek...hehe..dy pn bgn..cyap ajk alien skli..last2..alien pn bgn..hehe..tq very much yerr smeone..dpat jgak ak dgn thlah mkn laksa..haha..yg plg ak sdeyh..hdiah ainul bg tue..bash..huhu..thilah nyh memgla..ak swoh dy tlg bwakkn..tros bsah..xrt jge lgsg..sket hti btol..nseb baekla hdiah xrosk..hurm..smbl mkn tue..smbg2la dgn fruity./.alien..n of c0urse smone yg sgt cumeiy..haha..hurm..thn..ak sdr yg setn tgh rep0rt..ak pn cpt2 hbeskn lksa..~~yela..org laen da hbes..ak blom..huhu~~thn..ak blah smbl mngamok kt setan..alien pn kne gak..huhu..sorryla alien k..?thn..ak pn pg mnx maaf blek kt alien..mke dy tyme tue memg..fuh..nseb gak dy maafkn..tq gak alien..haha..hurm..mcm2la jd..nant ak smbong lg..ok??lteyh da..
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 16:35 0 comments
Oct 11, 2009
harge sbuah iman..
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 11:03 0 comments
Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka. "Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?" “Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini! Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata "Berikan saya kopi masin!" Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya. Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?" "Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini. Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya. Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka. Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya. "Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu.. Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi." Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu. Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?" Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali" Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.Wallahu a’lam.
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 11:01 0 comments
kiesah penjual tempe..
Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah. Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar.
Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi.
Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan. Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.
Jumilah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti. Sampai sahaja dipasar, Jumilah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis. Jumilah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak. Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi.
Jumilah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, “Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini…”. Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, “Assalamuailaikum… awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?”. Terkejut besar Jumilah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi.
“Waalaikumussalam... errmmm… ada, sekejap ya”, jawab Jumilah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul. Jumilah berdoa di dalam hati, “Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut”. Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi.
Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Jumilah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa awak mahu beli tempe yang belum menjadi ini?”. Wanita tersebut menjawab, “Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England (sape tu?), jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi… baru ada umphhhh!!!. Tamat.
Sahabat-sabahatku sekalian…belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah s.w.t itulah yang Maha Mengetahui. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t. Hmmm……ingat tu!!!!
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 10:58 0 comments
aku sepasang kasut seorang da'iee
Namaku SiPun, aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.
Dapatkan Mesej Bergambar di SiniKini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 10:56 0 comments
ade batas yang menjarakkan!!
Aku sudah terlelap kiranya. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Ada mesej! "Dah tidur? Aku nak tanya sesuatu..." Pendek sahaja mesej itu. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Aku agak terkejut meneerima mesej dari dia. Mesej yang merangkumi pelbagai soalan dan tanda tanya. Dia masih seperti dulu. Sering saja melakukan perkara yang menimbulkan persoalan. Sifat itu masih ada rupanya dalam dirinya. Aku fikir dia sudah berubah sepenuhnya. Aku membalas mesejnya. Kami saling berbalas mesej buat sekian lamanya kami tidak berhubungan. Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. Mesej dari kawan yang pernah aku akrab dulu. Dulu, kami memang berlainan jantina. Dia lelaki, aku perempuan. Takdir menempatkan kami berada dalam satu kelas. Aku diarahkan berpindah tempat duduk di belakangnya. Dia menegurku buat pertama kali. Aku masih ingat soalan yang diajukan. “Kau selalu clubbing?” Tidak pernah aku diajukan soalan seperti itu. Tetapi, aku segera mengerti. Pembawakan diriku mebuatku kelihatan seperti remaja yang terlalu sosial namun untuk menjejakkan kaki ke kelab malam agak mustahil bagiku. Aku tidak gemar akan suasana yang bising. Soalannya itu membuatku berasa tidak senang tentang dia. Namun, ada sesuatu antara kami yang merapatkan sekaligus menjadikan hubungan kami boleh digelar sahabat. Aku masih ingat lagi Fatin berkata pada Nurul, “Rina dengan Adam itu bagai isi dengan kuku, apa cerita Rina semua tahu.” Waktu itu Nurul bercerita tentang Adam pada aku dan Fatin. Cerita tentang keburukan Adam. Aku mendengar sahaja. Mungkin apa yang diceritakan Nurul itu betul. Adam boleh dikategorikan pelajar yang kurang berdisiplin. Ada sahaja peraturan sekolah yang dilanggarnya. Namun, prestasi akademinya sentiasa berada di tahap yang teratas. Dia pernah merangkul gelaran pelajar lelaki nombor satu dalam tingkatan. Itulah yang membuatku kagum terhadapnya. Biarpun dia nakal, tetapi dia masih ingin memenuhi hasrat kedua ibu bapanya. Denganku, dia tidak sombong. Kami banyak berkongsi cerita. Kami saling bergelak ketawa. Kami saling bantu-membantu. Kamilah penghibur di dalam kelas. Rakan-rakan sekelas mengerti tentang persahabatan kami yang bagai isi dengan kuku.
Kedua-dua kami boleh dikatakan mempunyai perangai yang hampir sama, suka menyakat orang lain. Cuma ada sedikit perbezaan antara kami, tatkala dia merupakan pelajar harapan sekolah. Aku pula merupakan antara pelajar yang ketinggalan. Namun, dia tidak pernah menjadikan itu alasan untuk menjauhi aku. Mungkin ada yang negatif tentang dia. Kadang-kadang aku juga tidak senang dengan sikapnya yang mudah berlagak dengan kehebatan diri dan sering memandang rendah pada orang lain. Tetapi aku masih dapat menerimanya. Tidak semua orang sempurna. Sebaik manapun orang itu, pasti ada kelemahannya. Adam, sebelum mendapat tawaran di sekolah yang sama denganku, dia pernah bersekolah di sebuah sekolah agama selama tiga tahun. Aku pula hanya bersekolah harian biasa sebelum mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kami. Adam seperti yang dijangka, pasti mempunyai pengetahuan agama yang banyak berbanding diriku. Secara tidak langsung, dia pernah juga memberi nasihat yang tidak terlalu formal kiranya pada diriku. Dia tahu aku tidak memakai tudung di luar. Dia tahu aku mempunyai teman lelaki. Dia tahu aku bukanlah seperti pelajar-pelajar wanita di sekolah agamanya dahulu. Aku remaja perempuan yang jahil tentang agama. Aku pelajar perempuan yang mempunyai pergaulan yang luas di luar sekolah. Dia tahu semua itu. Tetapi mengapa dia masih mahu berkawan denganku? Mungkin kami sama-sama tahu tentang pergaulan remaja di luar sekolah. Cuma pengetahuan dia tentang agama jauh lebih mendalam dariku. Itu yang berbeza tentang kami. Tidak sampai setahun aku bersekolah dan berkawan dengannya, aku mengambil keputusan memakai tudung sepenuhnya. Allah menyampaikan utusan melalui rakan-rakan di sekelilingku. Aku masih ingat pada suatu hari, aku, Adam dan rakan-rakan lain berborak-borak di dalam kelas. Tiba-tiba Adam bersuara, “Rina, apakata aku cabar kau supaya kau berpakaian menutup aurat dengan sempurna pada prep malam nanti?” “Maksud kau?” aku tidak begitu mengerti. “Maksud aku, kau memakai tudung labuh, stoking dan stoking tangan pada prep malam nanti.” “Mana aku nak cari tudung labuh dan barang-barang yang lain itu semua? Aku mana pernah ada.” Aku kehairanan. “Alah, kan ada juga pelajar sekolah ini yang bertudung labuh. Aku nak cabar kau tahu!” Adam mengangkat kening tanda dia bersungguh. “Apa yang aku dapat kalau aku sahut cabaran kau?” Aku berpendapat mesti ada habuannya. Kalau tidak, sia-sia sahaja aku menyahut cabaran itu. “Aku beri kau dua ringgit.” Adam tersengih. Dua ringgit saja? Aku punyalah susah nak cari barang-barang itu semua tetapi dua ringgit saja dapat. Aku hanya mencebik. “Tak cukup? Tak apa, kita tanya Fairul dan Hashim. Tengok mereka mahu ke tidak turut serta.” Adam menoleh kearah Fairul dan Hashim dan menyatakan tentang cabaran itu. Aku lihat Fairul dan Hashim tersenyum dan mengangguk-angguk. “Kami turut serta. Aku cabar kau dengan dua ringgit juga.” Fairul berkata.“Aku lagi tinggi dari kau dua orang. Aku cabar kau dengan tiga ringgit.” Hashim ketawa nakal. “Alahai, lebih seringgit saja. Nak bangga lebih-lebih pula.” Aku mengejek Hashim. Jadinya, kesemua cabaran itu bernilai tujuh ringgit. Sebenarnya, aku tidaklah mahukan tujuh ringgit itu. Tidak mungkin aku kemahuan dengan duit yang tidak sampai sepuluh ringgit itu. Yang pasti, sudah lama juga aku berasa untuk memakai tudung labuh macam wanita-wanita yang wara’ pakai. Cuma tiada kesempatan. Tidak mungkin aku mahu memakainya secara suka-suka. Pasti kenalanku akan kehairanan dengan penampilanku jika aku memakainya. Masakan tidak, sikapku yang agak gila-gila dan tidak begitu menjaga peribadi sebagai wanita timur mahu berpenampilan bertudung labuh. Memang suatu perkara yang paling pelik berlaku. Petang itu, selepas habis kelas. Aku terus sahaja meluru pulang ke asrama. Tujuanku hanya satu, mahu mencari pakaian-pakaian tersebut. Tudung labuh, stoking dan stoking tangan. Aku meminta bantuan rakan-rakanku untuk bertanya tentang pakaian-pakaian itu. Ramai juga yang mengetahui tentang cabaran itu. Semestinya aku menimbulkan konspirasi terutama dalam kalangan naqibah. Mereka tidak begitu menyetujui tindakanku yang seolah-olah mempermainkan agama dalam menyahut cabaran yang hanya sia-sia belaka. Tetapi hati kerasku berkata mahu meneruskan juga cabaran itu. Bukan untuk tujuh ringgit tetapi untuk merasa memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Tidak pernah aku menutup aurat dengan sempurna selama aku hidup di bumi Allah ini. Jenuh juga hendak mencari tudung labuh di asrama aku. Akhirnya, aku berjumpa dengan salah seorang pelajar perempuan yang memang dikenali dengan wara’. Aini, orangnya semanis namanya. Kecil molek sahaja namun begitu lemah lembut apabila berkata-kata. Adam pernah juga bercerita tentang kekaguman dia tentang pengetahuan Aini dalam agama. Pertama kali, aku berborak dengan Aini untuk meminjam tudung labuhnya.
Ternyata orangnya begitu peramah dan baik hati. Jauh sekali meleset anggapanku yang wanita-wanita bertudung labuh merupakan golongan yang tidak bercampur-gaul dengan orang ramai dan menyendiri. Aini ternyata seorang yang senang diajak berbicara dan ringan hati untuk memberiku pinjam tudungnya. Jauh di sudut hati, aku berasa tersentuh dengan kehalusan budi dan tutur katanya. Aku masih ingat lagi, tudung labuh milik Aini itu berwarna biru laut. Aku mengenakan tudung itu dengan baju kurung yang berwarna biru kehijauan. Aku lantas teringat kata-kata ustazahku ketika aku sekolah agama dahulu. “Nabi suka warna merah jambu, hijau, dan biru. Kenapa? Kerana merah jambu itu warna kuku kita, lidah kita dan bibir kita. Hijau pula warna alam ini. Tidak kurang dengan biru. Biru adalah warna laut.” Aku tersenyum. Itulah tahun terakhir aku bersekolah agama. Selepas itu, aku langsung tidak bersekolah agama sejak umur 10 tahun. Aku suka sekolah agama kerana aku suka mendengar ustazah berbicara di hadapan kelas menceritakan sirah Nabi. Ustazah begitu pandai bercerita dan aku tidak pernah jemu untuk mendengar bicara ustazah. Ah, ternyata aku sekarang sudah jauh tersasar. Kalau aku tidak mengikut fesyen zaman sekarang, aku akan digelar kuno! Itu yang aku takuti. Takut digelar kuno! Malam itu, aku mengenakan tudung labuh milik Aini, baju kurung seniorku, stoking seniorku dan stoking tangan rakanku. Kelakar bukan? Segalanya aku pinjam dari orang lain. Keluar sahaja dari dorm, ternyata ramai yang kehairanan melihatku. Tidak kurang juga yang terkejut dengan penampilanku. Ada yang bertanya tentang pakaianku, namun aku lebih rela berdiam diri. Tidak mahu memberi sebarang komen. Apabila aku menghampiri kelas, kelihatan ramai pelajar kelasku sedang menunggu kehadiranku. Tiga langkah, dua langkah aku hampir ke kelas. Rakan-rakan kelasku mentertawakanku. Aku jua turut tersenyum sahaja. Tidak mampu untuk bergelak ketawa bersama kerana aku kini adalah wanita bertudung labuh. Aku perlu menjaga peribadi sebagai wanita bertudung labuh. Aku terus sahaja melabuhkan punggung di kerusi. Tidak mahu melayan karenah rakan-rakanku yang begitu galak mengusikku. Salah seorang rakan lelaki sekelasku berkata, “Macam inilah baru yang dikatakan wanita mahal.” Kata-kata itu begitu terkesan dalam hatiku. Maksudnya, selama ini aku adalah murahan? Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan? Aku menangis di dalam hati. Suatu perasaan yang tidak pernah aku rasakan ada dalam diriku ini. Aku berasa begitu selamat apabila memakai tudung ini. Aku berasa tenang. Hanya Allah yang tahu bagaimana syahdunya perasaan itu. Pada malam itu, aku hanya berdiam diri. Adam ada juga menoleh sesekali padaku, dia hanya tersengih melihat kelakuanku yang agak berbeza berbanding sebelum ini. Sungguh aku katakan, malam itu begitu bermakna dalam diriku. Kesudahan cabaran itu, aku tidak mendapat tujuh ringgit seperti yang dipertaruhkan. Aku tidak ingin mengambil pun duit itu andai mereka mahu memberinya kerana aku telah mendapat lebih dari tujuh ringgit. Jauh lebih bernilai dari tujuh ringgit. Berikutan malam itu, hatiku meronta-ronta untuk mengetahui tentang Islam yang telah aku ketepikan.
Aku mula bersungguh-sungguh mengikuti program-program agama yang dijalankan di sekolahku. Aku juga turut mendekati al-Quran yang telah lama aku tinggalkan. Rakan-rakanku sentiasa ada di sisi untuk membantu. Adam pula aku masih rapat dengannya. Aku tidak pasti sama ada dia sedar bahawa dia telah membawa perubahan besar dalam hidupku. Aku masih ingat lagi tarikh itu, 16 November 2007. Aku pulang ke rumah dengan azam baru. Aku benar-benar bertekad untuk mengenakan tudung di kepalaku. Kenalanku pasti terkejut dengan perubahanku. Aku sudah meninggalkan pakaianku yang ketat menampakkan susuk tubuhku. Aku tidak lagi mengenakan pakaian yang boleh menampakkan susuk tubuhku. Aku mula mengenal rasa malu untuk memperlihatkan bentuk tubuhku kepada lelaki. Aku sudah memutuskan hubungan dengan teman lelaki dan tidak berhubungan dengan mana-mana lelaki. Aku juga sudah mula membataskan pergaulanku dengan lelaki. Terima kasih, Ya Allah. Tahun 2008, apa jadi dengan Adam aku tidak pasti? Kami tidak lagi berada di dalam kelas yang sama. Mungkin itu yang terbaik buat kami. Mana mungkin kami boleh berkawan rapat. Pada tahun itu jugalah yang menyaksikan perubahan dalam diri Adam. Hari demi hari berlalu, dia bukan lagi Adam yang kukenali dahulu. Dia kini seorang yang tamak pada jawatan. Adam juga bukan lagi seorang rakan yang ikhlas dalam berkawan. Apabila kami berjumpa pasti ada sahaja yang dia mahu meminta pertolongan. Dia kini berkawan apabila akan mendatangkan kebaikan buatnya. Aku dan Adam semakin renggang. Bukan aku seorang sahaja yang menyedari perubahan ini, malahan Fatin sendiri berkata, “Aku nampak sungguh perubahan kalian. Bagaimana kalian yang dulunya ibarat isi dengan kuku kini menjadi matahari dengan bulan, tiada lagi kelihatan seperti kalian boleh bersama-sama bergelak ketawa.” Aku hanya tersenyum mendengar celoteh Fatin. Dalam diam, aku mengiakan kata-katanya. Aku turut jauh hati dengan sikap Adam. Kami hanya bercakap apabila benar-benar ada perkara penting yang perlu kami uruskan memandangkan kami bekerja di dalam biro yang sama. Adam pula sudah banyak kali aku dengar membawa mulut yang boleh menimbulkan salah faham antara rakan-rakan lelaki di sekolahku. Yang terakhir kalinya, aku mendapat tahu bahawa dia telah mengkhianati rakan baiknya sejak dari kecil dengan menyebarkan cerita yang tidak enak kepada orang lain. Bermula daripada itu aku tidak lagi bertegur sapa dengannya. Jikalau kami bertembung di sekolah, kami ibarat dua insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Aku tidak pasti sama ada aku boleh berkawan dengannya seperti dulu. Aku tidak tahu sama ada dia pernah bercerita tentang keburukan aku kepada orang lain. Adam juga telah dipulaukan oleh pelajar lelaki di sekolahku kerana dia sering sahaja mereka-reka cerita tentang orang lain. Aku sungguh tidak dapat menerima perubahan besar dalam dirinya. Kadang-kala, aku teringat kata-kata yang berupa janji darinya padaku. ‘Aku pentingkan kawan selain keluarga aku’. Aku benar-benar kecewa dengan dirinya. Dalam masa yang sama, aku terhutang budi padanya. Kerana dia aku terbuka hati untuk berubah. Jikalau tidak kerana cabaran tujuh ringgit itu, mungkin sehingga sekarang aku masih tidak memakai tudung dan pergaulan sosialku masih lagi bebas. Mesej-mesejnya sebentar tadi membawaku kepada kenanganku ketika tingkatan empat. "Dah tidur? Aku nak tanya sesuatu..."“Sudah terlelap kiranya. Mengapa?” “Ada perkarakah yang membuat kau marah padaku? Kau tidak suka padaku lagikah? Kita tidak seperti dulu, ketika tingkatan empat.” “Tingkatan empat sungguh berbeza. Kau tahu bukan waktu itu aku masih lagi jahil. Tiada perkara yang aku boleh marah pada kau. Tiba-tiba saja kau bertanya. Mengapa?” “Bukan apa, kita rapat ketika tingkatan empat. Sungguh menggembirakan. Sekarang, kadang-kadang kau seperti menyindir aku bila bercakap denganku. Mungkin ada mesej yang kau mahu sampaikan padaku.” “Kadang-kadang? Mungkin aku tersindir barangkali. Kau pun tidak kurang, banyak berubah ketika tingkatan lima. Aku tidak pasti sama ada aku seorang sahaja yang perasan tentang perubahan kau.”“Aku akui ketika tingkatan lima aku sudah berubah. Tapi sekarang aku sudah kembali seperti dulu. Maafkan aku. Aku rindukan ketika kita berada di tingkatan empat. Sangat seronok.” “Mungkin kau sudah belajar dari kesilapan. Aku juga rindu ketika kita di tingkatan empat dulu. Tapi untuk kita kembali berkawan seperti dulu, mungkin memerlukan masa. Kau selalu berbohong bila berkata. Kepercayaanku terhadap kau sudah musnah.” “Ceritalah padaku apa yang berlaku.” “Aku sudah lupa tentangnya. Engkau lebih tahu dari aku, bukan?”“Apa yang mampu aku lakukan lagi, Rina. Kau sudah tidak percaya pada diriku.” “Sesuatu yang normal, Adam. Tidak semua orang boleh percayakan kita. Aku pasti kita boleh kembali seperti dulu. Aku belum lagi dapat melihat diri kau yang aku kenal ketika kita pernah menjadi sahabat dulu.” “Baiklah. Aku tidak mahu memaksa. Sekurang-kurangnya aku sudah dapat memberitahu kau apa yang aku rasa. Terima kasih. Selamat malam.” Adakah aku telah melakukan dosa memutuskan silaturrahim? Tidak mungkin aku boleh mengembalikan persahabatan kami. Dia lelaki, aku perempuan. Ada batas yang memisahkan antara kami. Mana mungkin aku berkawan rapat dengannya. Aku sudah berjanji untuk berubah. Aku sudah berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik. Janjiku bukan pada sebarangan orang. Aku berjanji pada TUHAN Yang Maha Esa. Hatiku berbisik, maafkan aku, Adam. Biarlah persahabatan kita berlalu begitu sahaja walaupun pahit. Aku percaya itulah yang sebaiknya buat kita. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik.
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 10:49 0 comments
hello w0rld!!
hurm..actually..ak sbnrnyee da tlis byk da..tp..smue ak dlete..xtwu knpe..
so..ntahla..ak wndukn skolah ak..asl ea dyorg bg cutiey lme2??
online ym pn xde org on..so..nk bt cmne lg??trpkselaa ak bt kje umh..hmework mlh safiza bg pn ak xsntuh lg..huhu..any idea??
Posted by adlinaamaniabdulrazak:) at 10:34 0 comments
