BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 5, 2010

oh-oh!!

ila Sifat Malu Tidak Berfungsi.... buat GADISKU
Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusukAdam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sangkumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbanguntuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbanglantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidukeharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekagumankepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dankeindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelakidan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berhargajika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata ygdidedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalambekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihatsesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah ygpatuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannyaadalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukanpengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsuserakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis ygengkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akanmemudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkaumiliki azam, usaha dan istiqamah..


Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainyapakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai ygdapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidakada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatkuterhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itugadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran danAs-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untukkepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmusetaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrahsemulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas keranacinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalahkerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruahtergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagianbesarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta ituatas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkaumendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unikitu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian darisetittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan ygsempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkanrasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cintadan kasihmu terhadap penciptamu.


Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalahcinta yg hakiki dan abadi...

0 comments: